Friday, April 22, 2011

PAGOPHAGIA





Mesti ramai yang baru pertama kali tahu kewujudan istilah ni kan?
Menurut Wikipedia;

Pagophagia is a form of the disorder pica involving the compulsive consumption od ice or ice drinks”





Dalam erti kata lain, Pagophagia ialah kecenderungan untuk memakan atau mengunyah ais dan selalunya dikaitkan dengan pica. Pica pulak untuk kes yang lagi kronik iaitu keinginan untuk makan atau mengunyah benda2 yang tidak mengandungi khasiat seperti ais, batu, tanah dan banyak lagi benda pelik.




1,440 things founds inside the stomach of a patient suffering from pica. 
She died during surgery from bleeding caused by 453 nails, 42 screws, safety pins, spoon tops, and salt and pepper shaker tops

okey~
yang tu memang sangat ngeri dan pelik. Kenapa nak makan paku? sedap ke skru tu?

Berbalik pada pagophagia,kanapa aku tiba2 tulis post ni? 
Sebab kunyah ais adalah salah satu hobi masa lapang aku..heeh..bukan hobi tapi dah macam satu kemestian bila tiba waktu makan.Aku akan beli air sirap walaupun lebih suka teh ais kat foodcourt sebab sirap banyak ais. Teh ais panas dan semua ais akan cair bila nasik dah habis dan aku tak boleh makan ais. Tak suka ais kat KFC sebab ais die takde lubang so kalau nak makan ais kena tunggang cawan tu (walaupun sebenarnya aku tak kesah pon buat camtu) hehe...

Jangan anggap aku pelik sebab ramai sebenarnya yang suka makan ais ni. Kalau korang duduk kat foodcourt tu cuba perhatikan orang2 sekeliling korang. Mesti akan ada yang makan ais dengan straw atau yang tunggang2 gelas. Aku tau sebab aku suka dan selalu nampak. Kadang2 aku gelak sendiri bila nampak lelaki yang boleh tahan rupa tiba2 tunggang gelas untuk makan ais.hehe...benda ni memang tak mengenal rupa, jantina dan usia..^^


Dan tahukah anda kat fb pon ada page KAMI SUKA KUNYAH AIS BILE AIR DAH HABIS!! 


131,858
people like this



perlu diingatkan disini bahawa page ni dalam Bahasa Melayu dan cuba bayangkan berapa ramai yang akan like kalau title page ni ditukar pada

 WE LIKE TO EAT ICE WHEN THE WATER IS OUT  *sori for the language* 

Aku tak tahu apa kesan buruk kunyah ais tapi abah selalu cakap nanti gigi aku akan mula rongak menjelang umur 25..errrr...tak kot~
Tapi aku tahu yang kunyah ais is definitely not good especially bila pikirkan hari2 tua nanti...
  


i want to use the toothbrush but i don't even have a teeth...



So,untuk keamanan dan kesejahteraan sekalian manusia saya menyeru semua penggemar2 ais,marilah kita kurangkan aktiviti mamakan dan mengunyah ais kerana ia (walaupun belum terbukti) tidak baik untuk kesihatan kita. Aku pun mulai hari ni mungkin akan cuba kurangkan makan ais..so,wish me luck!



remember this!!!







Monday, April 11, 2011