Monday, May 2, 2011

WHAT SAY YOU

Baru-baru ni satu surat khabar mane tah ada keluarkan artikel yang telah membangkitkan kamarahan dan ketidakpuashatian peminat korean music atau K-pop. Dan ini adalah artikel tersebut,




First reaction aku bila tengok artikel ni;


"what the???"


Memang tak dinafikan kpop semakin mendapat tempat dihati rakyat2 Malaysia walaupun sebenarnya Kpop dah ada kat Malaysia sejak 2006 bila TVXQ datang buat concert sekali dengan Super Junior sebagai artis jemputan. Tapi rasanya kebanyakan orang yang 'kononnya' minat kpop start claim yang diorang minat kpop bila dengar dan tengok Wonder Girls nyanyi lagu Nobody tu~~dan bila radio mula main lagu2 korea walaupun lagu tu dah takde dalam chart dekat korea..huhu...


Untuk tajuk 'Peminat Sanggup Berhabis Duit' tu memang betul pun. Keluar duit beli cd, keychain, bantal, payung dan macam2 lagi yang ada gambar kumpulan pojaan hati masing2. Belum kira yang sanggup berhabis duit beli tiket konsert walaupun seat paling murah pon dah beratus ringgit. Bagi peminat, benda2 macam ni perkara biasa. Tapi tak semua macam tu, bagi aku, aku lagi suka download MV or lagu baru dari internet sebab bendanya sama dengan yang dalam CD . Aku tak pegi konsert tapi aku akan beli CD concert tu. Harga lebih kurang tapi kualiti lagi bagus sebab gambar cantik,audio best tak macam kt stadium, tak nampak artis sebab orang seat depan kepala besar, lagu tak jelas sebab kiri kanan orang jerit2..kan?


Tapi part yang menaikkan kemarahan aku tang tajuk lagi satu tu. Elak kes bunuh diri akibat obses lagu korea?? Apa kaitan bunuh diri dengan minat lagu korea? Alasan die tulis sebab ramai artis korea bunuh diri. Err..alasan tak munasabah? Dah la bagi contoh actor kesayangan aku tu. Orang boleh fikir la mana baik mana buruk. Minat2 pon xde la sampai semua benda kita nak tiru diorang....


Dan kalau betul kegilaan terhadap kpop ni akan mendatangkan masalah, kenapa guna SUJU untuk promote Hari Belia nanti? siap konsert free lagi.




Sangat comel sebab komen2 semuanya pasal suju dan bukannya pasal Hari Belia


Dan lagi satu berita yang buat orang2 geleng kepala bila timbul pulak kumpulan artis Malaysia yang kononnya ala2 kpop. Siap dua group lagi..aigoo...si 24:7 dengan si Gula-Gula....

ewwwwwww~~~ *ala2 anuar hadi*

haha..the first ever kpop group in Malaysia..betul geli...dah la pelik...sori, tapi betul pelik.Anti fan diorang lagi banyak dari fan kot.hehe...tolong la jangan rosakkan imej kpop. Diorang patutnya pakai nama Mpop sebab k stand for korea so,m for Malaysia. Tapi seyez tak sesuai tambah lagi dengan budaya and cara orang Malaysia.ish..ish..ish...

So,what say you?