Thursday, November 11, 2010

*TABUNG*

tabung=menabung

dulu waktu kecik2 memang rajin sangat menabung
nampak tabung gajah comey BSN nak
nampak tabung buah kelapa Bank Pertanian nak
tabung bangunan tabung haji pon nak
susah payah mak dengan abah bukak buku bank semata2 nak dapatkan tabung sebijik tu

tapi start sekolah menengah tabung2 tu semua duduknya dalam almari
kalau dulu buku bank tu akan update tiap2 bulan
sekarang setahun sekali nak masukkan duit pon payah
bila abah tanya, alasannya tak sempat nak menabung
banyak sangat pakai duit, abah bagi alaun cukup2 je
huh...alasan semata2...

oleh itu.cey...
mula semester ni aku dah buat azam baru
AKU NAK MENABUNG

so,dengan penuh semangat aku ke flat ikan untuk membeli sebuah tabung baru
hari demi hari aku menabung dengan beretika dan jayanya
walaupun kadang2 terpaksa korek gak tabung tu sebab nak basuh baju pakai mesin basuh

akhirnya,semester bakal berakhir
sekarang pon dalam study week yang sepatutnya aku tengah study bukannya update blog
keadaan ekonomi diri pon makin tak stabil
jadi,aku ambil kesempatan ni untuk mengira isipadu perut Cik Lady<<my tabung

with my LADY


setelah di'convert' ke wang kertas
RM35




memang berbaloi menabung ni
so adik2,apa lagi...segeralah ikut jejak langkah akak...^^
mak ngan abah mesti bangga kalau dapat tau...hehe....

Sunday, November 7, 2010

MIMPI


Tadi Fadzilah_lala dengan semangatnya bercerita tentang mimpinya. Bermula dari bercuti disatu pulau yang indah, kitorang berseronok mandi-manda, makan ditampat yang best, tiba2 ada ombak besar, jaws dan ikan paus yang terkapai2 nak menyelamatkan diri dan tiba2 diambush oleh sekumpulan askar. Entah apa yang dia makan sampai dapat mimpi yang pelik macam tu, aku pun tak tahu. Apa kaitan makan dengan mimpi??entah...hahaha....

Apa itu mimpi?

Kalau diikutkan dalam Kamus Mimpi;
"mimpi adalah salah satu aktiviti separa sedar,komunikasi diantara heart,mind and soul"

Rasullullah pernah bersabda,
"Jika masa semakin dekat, mimpi seorang muslim nyaris tidak pernah dusta. Muslim yang paling benar mimpinya adalah yang paling jujur perkataannya. Mimpi seorang mukmin merupakan satu bahagian dari 46 bahagian kenabiah. Mimpi ada tiga macam; mimpi yang baik sebagai berita gembira dari Allah 'azza wa jalla, mimpi seorang muslim yang dialami oleh dirinya sendiri, dan mimpi sedih yang berasal dari setan. Jika salah seorang diantara kamu mengalami mimpi yang tidak disukai, janganlah menceritakannya kepada orang lain, bangunlah, kemudian solatlah."
(Muttafaq 'alaih)


Antara tafsir2 mimpi,

1.Jika bermimpi dipatuk ular seseorang itu akan mendapat suami atau isteri
2.Bermimpi makan telor ayam, pisang atau minyak alamatnya akan memperoleh keuntungan
3.Bermimpi memukat ikan alamatnya anda akan menjadi kaya atau mendapat keuntungan yang berlipat kali   ganda
4.Bermimpi mencari burung alamatnya anda akan mendapat keuntungan dan dimurahkan rezeki
5.Bermimpi mengenai batu-batu halus alamatnya anda akan terlepas dari kedukaan
6.Bermimpi makan tanah liat anda akan mendapat harta
7.Seseorang yang bermimpi emas yang banyak di dalam rumahnya alamatnya anda akan menjelaskan segala hutang piutang
8.Jika anda bermimpi hujan turun dengan lebat, anda akan mendapat rezeki berlipat kali ganda dan memperoleh rezeki yang halal.
9.Jika bermimpi bintang jatuh ke riba atau jatuh ke atas rumah menandakan anda akan memperoleh kejayaan dan dikurniakan anak yang baik.
10.Jika bermimpi memotong rambut menandakan anda akan bercerai dengan isteri
11.Bermimpi membuang darah menandakan anda akan sembuh dari penyakit
12.Jika bermimpi paras anda mempunyai perempuan alamatnya anda akan memperoleh harta atau anak
13.Jika bermimpi diri anda mati menandakan anda akan panjang umur tetapi jika bermimpi mati hidup semula alamatnya kehendak anda akan diperoleh
14.Sekiranya diri anda bermimpi dibawa ke kubur alamatnya anda akan beroleh kekayaan
15.Jika bermimpi kanak-kanak datang kepada anda menandakan anda akan memperoleh harta yang banyak


p/s: tafsir ini saya dapat dari satu sumber 
      tapi apapun hanya Allah yang Maha Mengetahui


kalau mimpi main remote control car dengan Rain maksudnya apa ye???


nama saya Rain..hahaha...