Tuesday, November 23, 2010

S.P.I.D.E.R.



Aku amat benci pada makhluk tu. Lebih kepada fobia sebenarnya. Semuanya bermula masa umurku lebih kurang 6tahun,aku pun dah lupa. Apa yang terjadi tak perlu aku ceritakan,tapi kejadian tu telah mengubah aku menjadi seorang manusia yang sangat takut dengan makhluk yang satu tu. Ketakutan aku bukan sahaja terhadap mereka yang berwarna hitam, berkaki panjang, dan berbulu2(urghh..) tapi pada semuanya selagi dalam nama mereka punya perkataan 'labah-labah' atau 'spider'. Pernah aku menangis macam orang gila sebab terjaga dari tidur dan perkara pertama yang dilihat ialah makhluk tu sesedap rasa berkongsi bantal denganku. Disebabkan ketakutan itu juga, sebelum masuk ke satu salah bilik didalam rumahku, aku akan pastikan bilik tu telah disembur dengan Fumakilla Aerosol because for some reason makhluk tu sangat suka tinggal disana. Aku juga pernah rasa nak turun balik dari bas yang aku naik sebab Uncle Bas UPM yang berkaliber tu letak makhluk tu kat pintu bas tapi dalam bentuk getah yang kenyal dan saiznya 10-15 kali ganda!! Betul aku sumpah uncle tu dalam hati. Adek selalu aku kejam dan tak berhati perut sebab aku akan bunuh @ minta mak tolong bunuh makhluk tu tiap kali aku nampak mereka. Aku juga tahu, agak tak baik untuk bunuh mereka sebab atuk nenek moyang mereka pernah tolong Rasulullah waktu Baginda dalam kesusahan dulu, tapi aku memang tak boleh. Mungkin salah National Geographic kerana kenalkan aku dengan si Black Widow yang membunuh tu sebab sampai saat ni seluruh keturunan mereka aku samakan dengan si janda jahat tu. 

no picture for this post.
I HATE THEM.




No comments:

Post a Comment